Tepat jam 123o tengahari, aku, ibu dan dua adik perempuan bertolak pulang ke kampung di Terengganu daripada rumah kediamana kakak sulungku di Saujana Utama. Tentulah aku yang memandu. Tanpa peta dan mengharapkan secebis ingatan yang lepas, kami mencari destinasi yang sama, Kuantan. malangnya, tersasar juga dalam memilih arah.Mujur ada abang ipar yang sabar menunjukkan arah.
Aku sudah mengulangkaji semalam. Apa yang hendak diajar sudah ada difikiran. Tapi, kemas kini sangat penting agar apa yang aku beri bukan hanya menjadi satu nota untuk sebuah mata pelajaran, tetapi menjadi nota kehidupan. Dan ini aku namakan sebagai mendidik.
Mendidik pelajar bermula dengan mendidik diri sendiri. Jika pensyarahnya tidak dapat menyampaikan kuliah dengan baik dan berkesan, bagaimana aku mahu mengharapkan pelajar dapat menerima setiap bait dengan jelas? Jika aku tidak dapat menyediakan bahan mengajar dengan tepat, tidak adil untuk aku mengharapkan pelajar aku sentiasa bersedia untuk mendengar dan mengaplikasikan apa yang diberikan.
Maka, sampainya aku dikediaman. Buku dibuka dan ditelah. Powerpoint slide segera disiapkan. Mudahan mudah untuk para pelajar esok memahami apa yang bakal aku berikan.
Penat aku tolak ketepi. Mata yang mengantuk, aku buka luas-luas.
Siapa kata mendidik itu mudah?
You are so awesome!
ReplyDeleteThank you. =) We are awesome in our own ways.I got the motivation from the Real Steel. Watch the movie. Even the robot could be taught.
Delete