Ya Allah, segala puji bagi-MU Ya
Khaliq Yang Maha Menciptakan segala semesta, menciptakan diri kami Ya Wahhab,
Yang maha memberikan segala keperluan kami, Ya Rahman Ya Rahim, Yang Maha
Penyayang dan Maha Pengasihani…
Selawat dan salam buat Rasul
junjungan, yang sentiasa merindui kami dan mencintai kami setulus hatimu…
Alhamdulillah, hari ini Pahang
cuti sempena hari hold an saya diizinkan Allah untuk menghadiri kuliah Prof.
Madya Wan Maseri. Alhamdulillah, Allah, Ya Sami’, yang
maha mendengar, telah mendengar doa saya yang sudah kekeringan dan dahagakan
ilmu, yang merindui taman-taman syurga…
Alhamdulillah,walaupun tiba agak
lewat kerana tidak menjangkakan tempatnya agak jauh, saya mengambil pengajaran
hari ini. Lain kali perlu bersedia lebih awal untuk menghadiri sesuatu yang
tidak diketahui tempat. Namun, saya sangat bersyukur, Allah telah
mempermudahkan perjalanan saya dan akhirnya tiba juga ke majlis ilmu Prof. Wan
Maseri yang bertempat di surau Al-Ikhwan..Alhamdulillah…
=)
Tajuk kuliah hari ini adalah “Penghayatan Asmaul Husna dalam kehidupan”.
Tajuk yang sangat saya nantikan kerana sepanjang hidup saya, saya tidak pernah
memahami 99 nama-nama Allah sedangkan telah pelbagai formula saya hafal sejak
dibangku sekolah. Menyedihkan bukan bila kita berusaha untuk mengenal orang-orang
yang kita kasihi disekeliling kita, tetapi kita lupa untuk mengenali Allah.
Prof. Maseri mendidik kita untuk
berusaha mengenal Allah dengan sebenar-benar ikhlas. Bukan hanya mencari
Allah sewaktu sedang berduka..Bukan hanya mengenal Allah kerana mahu
mendapatkan penyelesaian dalam hidup…tetapi mengenal Allah kerana kita cinta
padanya, kerana kita rindu padanya, kerana kita tidak boleh hidup tanpa Allah
s.w.t.
Prof. mengajak kami untuk melihat
kebesaran Allah melalui makhluk dan alat-alat yang telah diciptakan…
Dengan teknologi yang serba
canggih serta ilmu dan formula yang telah dihasilkan, siapakah yang lebih
hebat, pemikir-pemikir seperti Al-Razi, Steven Jobs, Einstein atau ALLAH yang
telah menciptakan otak dan akal untuk mereka berfikir?
Pandanglah Allah dengan mata hati
yakni pandangan yang meyakini bahawa
segala sesuatu itu datang daripada Allah..Rasailah kehadiran Allah
yang dekat dengan kita pada setiap saat kehidupan kita.. Setiapa kali
pandangan kita melihat burung-burung,
singa, langit dan alam semesta, lihatlah pada pada SIAPA penciptanya dan
rasailah betapa hebatnya Allah yang menciptakan haiwan-haiwan yang berbilang
jenis dan warna untuk kita berfikir…
Pandanglah Allah dengan mata hati
yakni pandangan yang meyakini bahawa segala sesuatu itu datang daripada Allah …Rasailah kehadiran Allah yang dekat dengan kita setiap
kali kita memandang wajah kita dan segala system yang berada dalam tubuh kita.
Bagaimana kita mampu bernafas jika bukan dengan KEKUASAAN-NYA? Bagaimana kita
mampu memandang jika bukan dengan penglihatan yang diberikan percuma? Bagaimana
kita mampu mendengar jika bukan dengan pendengaran yang dijelaskan oleh
Allah.s.wt? Semuanya milik Allah…Ya Allah, Ya Kabir, Yang Maha Besar…
Dan untuk mencintai Allah,
buanglah segala cinta lain selain cinta Allah yang telah bertempat dihati kita
kerana hati itu hanya untuk Allah..kerana hati itu
tidak boleh dikongsi…letaklah cinta suami, kasih ibu bapa, keperluan
dunia pada tanganmu dan bukan pada hatimu..insya Allah, hatimu akan diisi
dengan cinta Allah…
Dengan segala yang telah Allah
beri, tiada siapa yang layak untuk dipuji dan diagungkan melainkan Allah. Maka
kata prof, berhentilah memuji manusia kerana sesungguhnya segala ilmu dan
kehebatan manusia itu dating daripada Allah. Berhentilah memuji keindahan
sesuatu yang diciptakan semata dan pujilah Allah yang telah menciptakannya…
Gunalah setiap saat waktu kita
untuk memuji kebesaran Allah. Gunalah setiap kurniaan Allah untuk melihat,
mendengar, bercakap dan melakukan perbuatan yang diredhai pemberinya. Mudahan
Allah memberikan keredhaan-Nya pada kita didunia dan diakhirat..Amin…
Prof. Maseri mengajar kami untuk
mengamalkan zikir asmaul-husna dalam mencari cinta Ilahi, dalam membersihkan
diri malah dalam setiap urusan kehidupan kita. Kata prof, terdapat dua cara
manusia berikhtiar yakni ikhtiar
rohani dan ikhtiar jasmani..Maka, kita seharusnya melakukan ikhtiar
rohani sebelum melakukan ikhtiar jasmani…Sebagai contoh, jika kita sakit,
mohonlah keampunan daripada Allah, mohonlah penyembuhan daripada Allah, maha
pakar kesihatan kita sebelum mengambil ikhtiar jasmani seperti bertemu doctor
dan sebagainya…
TEKNIK BERZIKIR
Berzikir haruslah dengan
makrifatullah…yakni mengenal Allah..bukan sekadar zikir tanpa makna tetapi
janganlah mencari makna sehingga tidak berzikir..insya Allah, basahkan lidahmu
dengan zikir dan Allah akan buka hatimu untuk mengenal Allah…
Prof mengajar kami teknik
berzikir dengan memahami makna dan juga berbicara dengan Allah. Kata prof.
zikir haruslah sepanjang masa tetapi bukanlah bererti sehingga tidak
menjalankan kerja dan tanggungjawab yang lain…Allah menuntut kita untuk bekerja
dan menguruskan kehidupan kita…berzikir sambil bekerja… =)