Monday, March 12, 2012

Sunnah Rasulullah s.a.w -adab tidur

Antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur:


1.   Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.

2.   Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.

3.   Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?
Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

4.   Membaca  3 Qul lalu meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untu menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia

Dari Aisyah r.a meriwayatkan bahawa setiap kali Rasulullah s.a.w pergi untuk tidur pada waktu malam, baginda akan menadah kedua belah tangan dan menghembus ke tapak tangan baginda setelah membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dab surah An-Nas, kemudian menyapu kedua tapak tangan baginda ke seluruh anggota bermula dari kepala, muka dan hadapan badan.Hal ini dilakukan baginda tiga kali berturut-turut - Sahih Al-Bukhari.


5.   Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang

6.   Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat

7.   Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita

8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


Peringatan:
Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.
Sumber :
(Written by mohd zahar ibrahim)

Wednesday, February 15, 2012

Sunnah Rasulullah s.a.w - memotong kuku

Sunnah Rasullulah s.a.w - memotong kuku

Potong kuku cara Rasulullah s.a.w

Sumber : http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/04/07/graf-memotong-kuku-mengikut-sunnah-rasulullah-saw/

Thursday, February 2, 2012

Sempurnakanlah hari kita

Kita semua pernah berlari-lari dalam hujan
Mencari tempat berlindung
agar tidak kebasahan...
Namun,saat kita sedar bahawa masa yang ada hanya seketika
Kita berjalan perlahan merentasi hujan
Merasai setiap titis-titis air
Mencari laluan jauh
dan berharap agar hujan tidak pernah berhenti


Kita semua pernah bepayung dari kepanasan
Berlindung dibawah pohon dan bumbung
Namun, andai kita cuma punya masa yang singkat
Pasti, kita lepaskan payung itu terbang
dan rela menyilaukan mata agar bisa terus menikmati indahnya cahaya


Kita semua pernah  memandang pelangi dan melepaskannya pergi
kerana tika itu ada yang lebih indah dari pelangi
Namun, andai waktu mengejar laju dibelakang
Kita pasti mencari peluang untuk terus melihat pelangi
Mengintai sehingga setiap lapisan warnanya ditelan kelam


Kita semua pernah behenti merenung bulan
Tatkala kita sedar cantiknya bulan hanyalah kerana pantulan
Namun, bila waktu sedang dihitung
Kita berharap untuk tidak pernah berpaling dari menatapnya


Kita semua pernah mengeluh dengan kehidupan
Namun, tika nyawa dijemput, kita mengharapkan agar kita terus hidup
Kita berharap agar kita diberi masa yang lebih panjang
Kita memohon agar kita dikurniakan ruang dan peluang



Bila waktu hanya boleh dibilang dengan jari
Bila saat berlari sepantas kilat
Bila masa tidak lagi mampu menunggu
Semuanya akan menjadi lebih berharga
Semuanya akan dinikmati dengan lebih bijaksana


Masa depan memang sukar ditelah
Masa lepas pula telah menjadi sejarah
Masa sekarang,jangan dijadikan cagaran
Sempurnakanlah hari kita.

Wednesday, February 1, 2012

pemergianmu- Inteam



I miss him...but I'm sure he miss me more.. =)

Monday, January 30, 2012

A lonesome and vacant island

When I woke up this morning, I found myself on a lonely




I looked around and saw no one. It was all empty.Sorrow came and greeted me, "Hi, who are you looking for?There is no one here".

I sat there silently on the white, soft sand. I told Sorrow "Keep yourself far from me, because this morning I have an appointment with someone special."

I ran into the forest hurriedly. I shouldn't be late.

There was a  beautiful



with crystal clear water."Masya Allah,it's beautiful", I whisper gently.


In this place, there was no one except us. Only us. I cleaned myself and wore the best cloth I ever have.


On that green, peaceful setting, we had such a wonderful meeting.

And as usual,it was me who talks a lot. =) Asking for attention,requesting for love and crying for every little thing.


Sometimes I wonder, how could I be so selfish?Meeting just to share everything about me? My happiness. My pleasure. My joy. My contentment. My sadness. My misery. My depression.It's all about me.


The universe sounds quietly. Notify me to close my eyes and feel the wind and the softness of the voice.


HE is somewhere looking, specially and personally for me.
HE is so close. Too near though can't be seen and touched.
HE is listening. Patiently and Uncomplainingly.
Then, HE blows HIS strengths so I'm tough enough to face the day.


HE reminds me, "Don't be late this afternoon. I will be here. Always here waiting for you".







In this lonesome and vacant island...who else will accompany me?