Thursday, July 29, 2010

Sukarnya Mencintai-Mu.




Malam ini, hati terasa sayu. sayu.

Sukarnya Mencintai-MU.

Mengapa sukar untuk setia pada-Mu bila mana Kau tidak pernah kurang mencintaiku?
Mengapa sukar untuk aku bersusah payah memuja nama-Mu saat Engkau sedikitpun tidak pernah mengabaikan aku?
Mengapa sukar untuk bergembira dengan hadiah-Mu sedangkan Kau pemberi hadiah yang paling hebat diantara pencuri hatiku?
Mengapa sukar untuk aku berterima kasih dengan cinta-Mu sedangkan aku bernafas dengan kasih-Mu?
Mengapa sukar untuk mencintai-Mu sedangkan Kau memberikan segalanya untuk aku?

Ajarkan aku, tunjukkan aku jalan, bimbinglah aku, kuatkan aku untuk mencintai-Mu melebihi semua makhluk-Mu.
Aku rindukan Kekasih-Mu,
Aku impikan syurga-MU.
Didiklah aku untuk belajar mencintai-Mu.

Kuala Terengganu
29 Julai 2010