Thursday, October 18, 2012

Zinnirah- Serikandi Sunyi dimalam Hari




Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Perjalanan ke tempat kerja mengambil masa selama kurang lebih setengah jam. Saya lebih suka bergerak awal agar dapat memandu dengan lebih santai. Sepanjang perjalanan saya dihiburkan dengan suasana pagi yang sangat mengasyikkan. Kehijauan alam dan kabus putih sangat menenangkan.

Halwa telinga saya menyambut indah alunan-alunan zikir dan nasyid yang berkumandang. Entah mengapa satu lagu ini kerap benar menyentuh hati saya. Hampir setiap kali mendengarnya, air mata saya akan mengalir perlahan. 

Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Siapa gerangan wanita ini? Bagaimana dia bisa menjadi impian firdausi? Ya Allah, dikala kami semua mengharapkan syurga, wanita ini seolah-olah telah dijanjikan syurga-Mu. Beliau pasti bukan wanita biasa. Baliau pasti bukan sekadar hamba tawanan di dunia, tetapi hamba yang sebenar-benar hamba kepada tuhannyya. Sungguh saya sangat mencemburuinya.

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang dimalam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Subhanallah. Hebatnya hamba-Mu ini ya Allah, cintanya untuk-Mu tiada sempadan dan tidak bertepi. Betapa hatinya tulus dan ikhlas mengharapkan kasih-Mu sedangkan hamba-Mu ini hanyalah seorang hamba yang mementingkan diri sendiri. Memandang pada ganjaran. Jauh dari ikhlas. 

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

Saya tidak pernah puas mendengar lagu ini. Berkali-kali pun tidak mengapa. Semangat Zinnirah tidak pernah hilang. Ayuh bersama kita susuri. Ya, sudah tiba masanya untuk saya belajar mengenali empunya diri ini. Mudahan boleh dijadikan ikutan dan contoh dalam mencari CINTA sebenar cinta.
Maka saya menyelusuri blog-blog yang ada. Alhamdulillah, banyak juga rupanya blog yang memaparkan kisah Zinnirah dan seperti biasa kisahnya menyentuh hati saya untuk kesekian kalinya. Biar berkali-kali saya baca, perasaan kagum ini tidak mampu ditepis.

Zinnirah, seorang wanita berbangsa Rom yang telah dijadikan hamba dan dijual. Beliau dibeli oleh Saidina Umar Al-Khatab sebelum Umar memeluk Islam. Zinnirah adalah diantara insan-insan yang terawal memeluk Islam. Mereka yang memeluk Islam pada zaman awal kemunculan Islam merupakan antara mereka yang sangat berpegang teguh pada akidah Islam. Keyakinan mereka bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasulullah s.a.w tidak boleh dijual beli.

Pada awalnya, Zinnirah cuba menyembunyikan keislamannya dengan beribadah pada malam hari. Mungkin kerana itu beliau dipanggil serikandi sunyi. Namun, akhirnya Saidina Umar dapat mengesan perubahan dalam dirinya dan menyeksa Zinnirah dengan pelbagai siksaan. Zinnirah ditampar, ditendang serta dijemur dipadang pasir. Beliau juga dihempap dengan batu yang besar agar beliau mengalah dan kembali kepada latta dan uzza.

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

Tetapi mengalah bukan satu pilihan buat Zinnirah. Dengan senyuman, beliau terus mengalunkan nama tuhan yang satu, yang maha besar. Allah..Allah..Allah..
Kemuncak siksaanya, mata beliau telah ditusuk dengan besi yang tajam. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah. Allahuakbar. Sungguh hatinya kuat mencintai Allah hingga mata juga rela diganti agar imannya bersemi dihati. Mampukah aku? Mampukah aku seteguhnya tika iman ditawarkan dengan harta, keluarga dan dunia??

Disaat dia diseksa dan dibutakan, Zinnirah tetap teguh mempertahankan akidahnya. Jiwanya milik Allah. Dalam senyuman, beliau berdoa, “Ya Allah, aku rela menerima segala kesusahan ini demi kesenagan diakhirat sana”. Saya? Sedikit ujian sudah mengeluh, mengalah dan patah semangat. Sungguh saya malu. Saya mengharapkan syurga-Nya tetapi saya lupa bahawa syurga itu mahal harganya. Syurga itu tidak mampu dibeli dengan harta mahupun pangkat. Ampunkan hamba ya Allah. Seharusnya hamba tersenyum ketika diuji kerana saat itu Engkau sedang menawarkan syurga-Mu. Terima kasih ya Allah. 

Setelah buta, beliau diejek oleh kaum kafir yang mengatakan bahawa beliau telah dilaknat oleh latta dan uzza. Sesungguhnya Allah itu maha penyayang. Dialah tuhan yang menciptakan segala makhluk. Dia yang membutakan mata maka Dialah yang mengembalikannya. Akhirnya, Allah mengembalikan semula penglihatan Zinnirah. Matanya semakin terang berbanding dulu. Namun, ada yang lebih terang daripada matanya. Mata hatinya. Mata hatinya yang melihat cinta Allah melebihi segalanya.


Ya Allah, izinkan aku menjadi serikandi sunyi sepertinya
Yang bersujud menyembah-Mu dengan penuh keikhlasan
Ya Allah, jadikan imanku sekuat Zinnirah
Yang tidak tewas dengan dunia dan dunia
Ya Allah, kurniakan aku ketabahan setaguh Zinnirah
Agar aku tidak patah dan mengalah
Ya Allah, Ya Allah, terangkan hatiku seterang hati Zinnirah
Agar akhirat itu lebih jelas dan nyata dari dunia yang maya
Sesungguhnya dunia ini penjara bagi orang-orang Mukmin
Bebaskanlah kami disana.




Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang dimalam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi


Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang dimalam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi
Bersendiri di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi

Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman

Zinnirah
Kau gadis pilihan
Hiasan dunia penyeri di firdausi