Thursday, October 24, 2013

Penghayatan Asmaul Husna


 Assalamualaikum semua…


Ya Allah, segala puji bagi-MU Ya Khaliq Yang Maha Menciptakan segala semesta, menciptakan diri kami Ya Wahhab, Yang maha memberikan segala keperluan kami, Ya Rahman Ya Rahim, Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasihani…

Selawat dan salam buat Rasul junjungan, yang sentiasa merindui kami dan mencintai kami setulus hatimu…


Alhamdulillah, hari ini Pahang cuti sempena hari hold an saya diizinkan Allah untuk menghadiri kuliah Prof. Madya Wan Maseri. Alhamdulillah, Allah, Ya Sami’, yang maha mendengar, telah mendengar doa saya yang sudah kekeringan dan dahagakan ilmu, yang merindui taman-taman syurga…


Alhamdulillah,walaupun tiba agak lewat kerana tidak menjangkakan tempatnya agak jauh, saya mengambil pengajaran hari ini. Lain kali perlu bersedia lebih awal untuk menghadiri sesuatu yang tidak diketahui tempat. Namun, saya sangat bersyukur, Allah telah mempermudahkan perjalanan saya dan akhirnya tiba juga ke majlis ilmu Prof. Wan Maseri yang bertempat di surau Al-Ikhwan..Alhamdulillah… =)


Tajuk kuliah hari ini adalah “Penghayatan Asmaul Husna dalam kehidupan”. Tajuk yang sangat saya nantikan kerana sepanjang hidup saya, saya tidak pernah memahami 99 nama-nama Allah sedangkan telah pelbagai formula saya hafal sejak dibangku sekolah. Menyedihkan bukan bila kita berusaha untuk mengenal orang-orang yang kita kasihi disekeliling kita, tetapi kita lupa untuk mengenali Allah.


Prof. Maseri mendidik kita untuk berusaha mengenal Allah dengan sebenar-benar ikhlas. Bukan hanya mencari Allah sewaktu sedang berduka..Bukan hanya mengenal Allah kerana mahu mendapatkan penyelesaian dalam hidup…tetapi mengenal Allah kerana kita cinta padanya, kerana kita rindu padanya, kerana kita tidak boleh hidup tanpa Allah s.w.t.


Prof. mengajak kami untuk melihat kebesaran Allah melalui makhluk dan alat-alat yang telah diciptakan…

Dengan teknologi yang serba canggih serta ilmu dan formula yang telah dihasilkan, siapakah yang lebih hebat, pemikir-pemikir seperti Al-Razi, Steven Jobs, Einstein atau ALLAH yang telah menciptakan otak dan akal untuk mereka berfikir?


Pandanglah Allah dengan mata hati yakni pandangan yang meyakini bahawa segala sesuatu itu datang daripada Allah..Rasailah kehadiran Allah yang dekat dengan kita pada setiap saat kehidupan kita.. Setiapa kali pandangan  kita melihat burung-burung, singa, langit dan alam semesta, lihatlah pada pada SIAPA penciptanya dan rasailah betapa hebatnya Allah yang menciptakan haiwan-haiwan yang berbilang jenis dan warna untuk kita berfikir…


Pandanglah Allah dengan mata hati yakni pandangan yang meyakini bahawa segala sesuatu itu datang daripada Allah …Rasailah kehadiran Allah yang dekat dengan kita setiap kali kita memandang wajah kita dan segala system yang berada dalam tubuh kita. Bagaimana kita mampu bernafas jika bukan dengan KEKUASAAN-NYA? Bagaimana kita mampu memandang jika bukan dengan penglihatan yang diberikan percuma? Bagaimana kita mampu mendengar jika bukan dengan pendengaran yang dijelaskan oleh Allah.s.wt? Semuanya milik Allah…Ya Allah, Ya Kabir, Yang Maha Besar…


Dan untuk mencintai Allah, buanglah segala cinta lain selain cinta Allah yang telah bertempat dihati kita kerana hati itu hanya untuk Allah..kerana hati itu tidak boleh dikongsi…letaklah cinta suami, kasih ibu bapa, keperluan dunia pada tanganmu dan bukan pada hatimu..insya Allah, hatimu akan diisi dengan cinta Allah…


Dengan segala yang telah Allah beri, tiada siapa yang layak untuk dipuji dan diagungkan melainkan Allah. Maka kata prof, berhentilah memuji manusia kerana sesungguhnya segala ilmu dan kehebatan manusia itu dating daripada Allah. Berhentilah memuji keindahan sesuatu yang diciptakan semata dan pujilah Allah yang telah menciptakannya…


Gunalah setiap saat waktu kita untuk memuji kebesaran Allah. Gunalah setiap kurniaan Allah untuk melihat, mendengar, bercakap dan melakukan perbuatan yang diredhai pemberinya. Mudahan Allah memberikan keredhaan-Nya pada kita didunia dan diakhirat..Amin…


Prof. Maseri mengajar kami untuk mengamalkan zikir asmaul-husna dalam mencari cinta Ilahi, dalam membersihkan diri malah dalam setiap urusan kehidupan kita. Kata prof, terdapat dua cara manusia berikhtiar yakni ikhtiar rohani dan ikhtiar jasmani..Maka, kita seharusnya melakukan ikhtiar rohani sebelum melakukan ikhtiar jasmani…Sebagai contoh, jika kita sakit, mohonlah keampunan daripada Allah, mohonlah penyembuhan daripada Allah, maha pakar kesihatan kita sebelum mengambil ikhtiar jasmani seperti bertemu doctor dan sebagainya…


TEKNIK BERZIKIR
Berzikir haruslah dengan makrifatullah…yakni mengenal Allah..bukan sekadar zikir tanpa makna tetapi janganlah mencari makna sehingga tidak berzikir..insya Allah, basahkan lidahmu dengan zikir dan Allah akan buka hatimu untuk mengenal Allah…



Prof mengajar kami teknik berzikir dengan memahami makna dan juga berbicara dengan Allah. Kata prof. zikir haruslah sepanjang masa tetapi bukanlah bererti sehingga tidak menjalankan kerja dan tanggungjawab yang lain…Allah menuntut kita untuk bekerja dan menguruskan kehidupan kita…berzikir sambil bekerja… =)



Monday, September 30, 2013

Allah, we need you..

Aku berdiri disitu. Menunggu giliran aku di mesin deposit duit.
Sambil berdiri, aku memandang sekelilingku.
Ada ramai manusia seperti aku, berdiri menunggu giliran.
Ada yang berbaju kosong.
Ada yang berbelang-belang, ada juga yang bercorak bunga.
Ada warna putih, hijau dan biru
Ada tulisan dan kata-kata semangat.
Ada yang memandang-mandang seperti aku
Lantas, mata kami bertemu
Apa difikirannya? Aku meneka...
Mungkin hanya pandangan kosong


Semua kelihatan teguh
Menjunjung beban di bahu
Ada yang memikirkan hutang, ada yang sedang kesakitan
Ada yang tidak lena tidur,
Ada yang diuji dengan kesihatan
Ada yang diberi terlalu banyak kebebasan
Sakit hati kerana dikonkong
Marah kerana tidak dituruti
Jiwa merana kerana didera
Hati tersiksa saat ditinggalkan kekasih hati


Semua kita kelihatan berbeza
Namun hakikatnya kita semua sama
Kita dihadirkan kedunia untuk diuji
Dicipta untuk berjuang
Dilahirkan untuk dimatikan


Dunia bukan tempat untuk bergembira
Dunia bukan tempat untuk mencari keadilan
Tapi dihati bisa saja
Dihati yang tenang
Dihati yang selalu percaya apa jua yang terjadi,
Allah yang paling UTAMA mengerti
Allah yang PERTAMA mengasihani
Allah yang maha MENGETAHUI
Allah yang MEMBERI apa yang lebih baik daripada yang kita damba.



He who has Allah will have everything.


Ya Allah, hamba-Mu ini tidak memiliki apa-apa hatta kekuatan.
Semuanya milik-MU ya Allah.
Kurniakan kami KESABARAN bila mana fikiran tidak mampu meneka apa yang lebih baik
Kurniakan kami KEKUATAN tika kesabaran semakin terhakis
Kurniakan kami KETENAGAN dan TAWAKKAL tika kekuatan juga sudah menghilang
Namun, jangan KAU gantikan apa-apa dengan rasa CINTA BERTERUSAN pada-MU...








Wednesday, January 9, 2013

Rapuh

Rapuh by opick

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka
tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi
berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
diantara lelahnya jiwa 
dalam resah dan air mata
kupersembahkan yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-Mu

maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu
dalam dadaku harap hanya
diri-Mu yang bertahta
 
maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu
dalam dadaku harap hanya
diri-Mu yang bertahta

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-Mu

maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu
dalam dadaku harap hanya
diri-Mu yang bertahta

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-Mu

maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu
dalam dadaku harap hanya
diri-Mu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir pada-Mu.

 

 Nurul Nafi 
Kuala Berang
0517 am