Monday, September 30, 2013

Allah, we need you..

Aku berdiri disitu. Menunggu giliran aku di mesin deposit duit.
Sambil berdiri, aku memandang sekelilingku.
Ada ramai manusia seperti aku, berdiri menunggu giliran.
Ada yang berbaju kosong.
Ada yang berbelang-belang, ada juga yang bercorak bunga.
Ada warna putih, hijau dan biru
Ada tulisan dan kata-kata semangat.
Ada yang memandang-mandang seperti aku
Lantas, mata kami bertemu
Apa difikirannya? Aku meneka...
Mungkin hanya pandangan kosong


Semua kelihatan teguh
Menjunjung beban di bahu
Ada yang memikirkan hutang, ada yang sedang kesakitan
Ada yang tidak lena tidur,
Ada yang diuji dengan kesihatan
Ada yang diberi terlalu banyak kebebasan
Sakit hati kerana dikonkong
Marah kerana tidak dituruti
Jiwa merana kerana didera
Hati tersiksa saat ditinggalkan kekasih hati


Semua kita kelihatan berbeza
Namun hakikatnya kita semua sama
Kita dihadirkan kedunia untuk diuji
Dicipta untuk berjuang
Dilahirkan untuk dimatikan


Dunia bukan tempat untuk bergembira
Dunia bukan tempat untuk mencari keadilan
Tapi dihati bisa saja
Dihati yang tenang
Dihati yang selalu percaya apa jua yang terjadi,
Allah yang paling UTAMA mengerti
Allah yang PERTAMA mengasihani
Allah yang maha MENGETAHUI
Allah yang MEMBERI apa yang lebih baik daripada yang kita damba.



He who has Allah will have everything.


Ya Allah, hamba-Mu ini tidak memiliki apa-apa hatta kekuatan.
Semuanya milik-MU ya Allah.
Kurniakan kami KESABARAN bila mana fikiran tidak mampu meneka apa yang lebih baik
Kurniakan kami KEKUATAN tika kesabaran semakin terhakis
Kurniakan kami KETENAGAN dan TAWAKKAL tika kekuatan juga sudah menghilang
Namun, jangan KAU gantikan apa-apa dengan rasa CINTA BERTERUSAN pada-MU...