Dengan nama Allah yang
maha pemurah lagi maha penyayang.
Perjalanan ke tempat
kerja mengambil masa selama kurang lebih setengah jam. Saya lebih suka bergerak
awal agar dapat memandu dengan lebih santai. Sepanjang perjalanan saya
dihiburkan dengan suasana pagi yang sangat mengasyikkan. Kehijauan alam dan
kabus putih sangat menenangkan.
Halwa telinga saya
menyambut indah alunan-alunan zikir dan nasyid yang berkumandang. Entah mengapa
satu lagu ini kerap benar menyentuh hati saya. Hampir setiap kali mendengarnya,
air mata saya akan mengalir perlahan.
Hadirmu
bersama kuntum senyuman
Walau
dirimu hamba tawanan
Kau
jadi impian firdausi
Kau
jadi pingitan hiasan duniawi
Walau
tak pernah melihatmu
Zinnirah
Siapa gerangan wanita
ini? Bagaimana dia bisa menjadi impian firdausi? Ya Allah, dikala kami semua
mengharapkan syurga, wanita ini seolah-olah telah dijanjikan syurga-Mu. Beliau
pasti bukan wanita biasa. Baliau pasti bukan sekadar hamba tawanan di dunia,
tetapi hamba yang sebenar-benar hamba kepada tuhannyya. Sungguh saya sangat
mencemburuinya.
Oh
Zinnirah
Kau
umpama bintang dimalam hari
Menerangi
alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut
kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada
sempadan dan tiada bertepi
Subhanallah. Hebatnya
hamba-Mu ini ya Allah, cintanya untuk-Mu
tiada sempadan dan tidak bertepi. Betapa hatinya tulus dan ikhlas mengharapkan
kasih-Mu sedangkan hamba-Mu ini hanyalah seorang hamba yang mementingkan diri
sendiri. Memandang pada ganjaran. Jauh dari ikhlas.
Matamu
jadi taruhan
Gantian
lara nilaian iman
Ayuh
bersama kita susuri
Perjalanan
derita ini
Terlindung
sudah indahnya maya
Mata
hatimu tetap menyala
Saya tidak pernah puas
mendengar lagu ini. Berkali-kali pun tidak mengapa. Semangat Zinnirah tidak
pernah hilang. Ayuh bersama kita susuri.
Ya, sudah tiba masanya untuk saya belajar mengenali empunya diri ini. Mudahan
boleh dijadikan ikutan dan contoh dalam mencari CINTA sebenar cinta.
Maka saya menyelusuri
blog-blog yang ada. Alhamdulillah, banyak juga rupanya blog yang memaparkan
kisah Zinnirah dan seperti biasa kisahnya menyentuh hati saya untuk kesekian
kalinya. Biar berkali-kali saya baca, perasaan kagum ini tidak mampu ditepis.
Zinnirah,
seorang wanita berbangsa Rom yang telah dijadikan hamba dan dijual. Beliau
dibeli oleh Saidina Umar Al-Khatab sebelum Umar memeluk Islam. Zinnirah adalah
diantara insan-insan yang terawal memeluk Islam. Mereka yang memeluk Islam pada
zaman awal kemunculan Islam merupakan antara mereka yang sangat berpegang teguh
pada akidah Islam. Keyakinan mereka bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad
adalah Rasulullah s.a.w tidak boleh dijual beli.
Pada
awalnya, Zinnirah cuba menyembunyikan keislamannya dengan beribadah pada malam
hari. Mungkin kerana itu beliau dipanggil serikandi
sunyi. Namun, akhirnya Saidina Umar dapat mengesan perubahan dalam dirinya
dan menyeksa Zinnirah dengan pelbagai siksaan. Zinnirah ditampar, ditendang
serta dijemur dipadang pasir. Beliau juga dihempap dengan batu yang besar agar
beliau mengalah dan kembali kepada latta dan uzza.
Matamu
jadi taruhan
Gantian
lara nilaian iman
Ayuh
bersama kita susuri
Perjalanan
derita ini
Terlindung
sudah indahnya maya
Mata
hatimu tetap menyala
Tetapi
mengalah bukan satu pilihan buat Zinnirah. Dengan senyuman, beliau terus
mengalunkan nama tuhan yang satu, yang maha besar. Allah..Allah..Allah..
Kemuncak
siksaanya, mata beliau telah ditusuk dengan besi yang tajam. Tiada daya dan
kekuatan melainkan dengan Allah. Allahuakbar. Sungguh hatinya kuat mencintai
Allah hingga mata juga rela diganti agar imannya bersemi dihati. Mampukah aku?
Mampukah aku seteguhnya tika iman ditawarkan dengan harta, keluarga dan dunia??
Disaat
dia diseksa dan dibutakan, Zinnirah tetap teguh mempertahankan akidahnya.
Jiwanya milik Allah. Dalam senyuman, beliau berdoa, “Ya Allah, aku rela menerima segala kesusahan ini demi kesenagan
diakhirat sana”. Saya? Sedikit ujian sudah mengeluh, mengalah dan patah
semangat. Sungguh saya malu. Saya mengharapkan syurga-Nya tetapi saya lupa
bahawa syurga itu mahal harganya. Syurga itu tidak mampu dibeli dengan harta
mahupun pangkat. Ampunkan hamba ya Allah. Seharusnya hamba tersenyum ketika
diuji kerana saat itu Engkau sedang menawarkan syurga-Mu. Terima kasih ya
Allah.
Setelah
buta, beliau diejek oleh kaum kafir yang mengatakan bahawa beliau telah
dilaknat oleh latta dan uzza. Sesungguhnya Allah itu maha penyayang. Dialah tuhan
yang menciptakan segala makhluk. Dia yang membutakan mata maka Dialah yang mengembalikannya.
Akhirnya, Allah mengembalikan semula penglihatan Zinnirah. Matanya semakin
terang berbanding dulu. Namun, ada yang lebih terang daripada matanya. Mata
hatinya. Mata hatinya yang melihat cinta Allah melebihi segalanya.
Ya Allah, izinkan aku menjadi serikandi sunyi sepertinya
Yang bersujud menyembah-Mu dengan penuh keikhlasan
Ya
Allah, jadikan imanku sekuat Zinnirah
Yang
tidak tewas dengan dunia dan dunia
Ya
Allah, kurniakan aku ketabahan setaguh Zinnirah
Agar
aku tidak patah dan mengalah
Ya
Allah, Ya Allah, terangkan hatiku seterang hati Zinnirah
Agar
akhirat itu lebih jelas dan nyata dari dunia yang maya
Sesungguhnya
dunia ini penjara bagi orang-orang Mukmin
Bebaskanlah
kami disana.
Hadirmu
bersama kuntum senyuman
Walau
dirimu hamba tawanan
Kau
jadi impian firdausi
Kau
jadi pingitan hiasan duniawi
Walau
tak pernah melihatmu
Zinnirah
Matamu
jadi taruhan
Gantian
lara nilaian iman
Ayuh
bersama kita susuri
Perjalanan
derita ini
Terlindung
sudah indahnya maya
Mata
hatimu tetap menyala
Oh
Zinnirah
Kau
umpama bintang dimalam hari
Menerangi
alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut
kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada
sempadan dan tiada bertepi
Matamu
jadi taruhan
Gantian
lara nilaian iman
Ayuh
bersama kita susuri
Perjalanan
derita ini
Terlindung
sudah indahnya maya
Mata
hatimu tetap menyala
Oh
Zinnirah
Kau
umpama bintang dimalam hari
Menerangi
alam maya dan diteman purnama
Cinta
murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada
sempadan dan tiada bertepi
Oh
Zinnirah
Kau
serikandi sunyi
Bersendiri
di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih
suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih
korban kasih abadi
Hadirmu
bersama senyuman
Walau
diri hamba tawanan
Kau
jadi pedoman
Zinnirah
Kau
gadis pilihan
Hiasan
dunia penyeri di firdausi